JUAL RUMAH CEPAT

JUAL RUMAH CEPAT

Berdasarkan pengalaman saya lebih 10 tahun dalam jual beli rumah, ada beberapa perkara penting yang membantu dalam mempercepatkan hartanah terjual cepat. Berikut adalah tips yang boleh diguna pakai oleh pemilik agar rumah terjual cepat:

1. KEADAAN RUMAH KEMAS, CANTIK DAN KURANG KEROSAKAN

Pandangan pertama PEMBELI

Pandangan pertama pembeli ketika melihat rumah yang hendak dibeli adalah memainkan peranan yang besar dan sangat penting.

Keadaan rumah yang kemas, bersih, kurang kerosakan dan telah di cat baru sememangnya sangat membantu pembeli dalam membuat keputusan segera. Ini kerana, kebanyakkan pembeli tidak mahu mengeluarkan kos tambahan membaiki rumah dan pening kepala apabila membeli rumah yang ingin dibeli.

2. HARGA YANG KOMPETETIF

HARGA TERMURAH DI PASARAN ATAU LEBIH KOMPETITIF

Antara perkara penting kami sebagai ejen hartanah berdaftar lakukan apabila mendapat lantikan daripada pemilik rumah adalah dengan membuat analisa pasaran dan memberi konsultansi profesional berkenaan harga jualan yang sesuai.

Ini kerana, sekiranya harga yang diiklankan melebihi harga pasaran semasa, ianya pasti sukar untuk laku dan mengambil masa yang lama untuk terjual. Sudah pasti ini akan merugikan tuan rumah secara langsung.

3. MENGIKUT HARGA PASARAN

MENGIKUT HARGA PASARAN YANG DIGUNAPAKAI BANK

Perkara yang kami lakukan apabila mendapat lantikan daripada pemilik rumah adalah dengan memeriksa nilai pasaran semasa rumah berkenaan dengan panel-panel penilai bank. Ini kerana sekiranya harga jualan melebihi harga pasaran semasa, ianya akan membebankan pembeli untuk mengeluarkan tunai tambahan bagi nilai lebihan harga yang tidak mengikut pasaran.

Sebagai contoh: Nilai jualan hartanah adalah RM300,000.00, tetapi nilai pasaran hanya RM250,000.00. Pinjaman bank hanya mengikut nilai RM250,000.00, selebihnya RM50,000.00 perlu dibiayai sendiri oleh pembeli. Sudah pasti ini sangat membebankan pembeli kerana banyak kos lain yang perlu disediakan pembeli untuk membeli rumah seperti contoh kos guaman, duti setem dan penilaian.

4. TAWARAN JUALAN MENARIK

TAWARAN MENARIK

Sesuatu transaksi yang berjaya direalisasikan kebanyakkan disumbang oleh tawaran yang menarik yang tidak mampu ditolak oleh pembeli.

Antara contoh tawaran menarik yang boleh diaplikasikan adalah dengan memberi tawaran seperti :
-Harga dibawah pasaran
-Deposit fleksibel
-Membaik pulih kerosakkan rumah
-Tuan rumah membayar kos guaman bagi pihak pembeli.
-Beli rumah dapat hadiah dseperti contoh hadiah penghawa dingin / televisyen / dan lain-lain.

5. MELANTIK EJEN HARTANAH

MELANTIK EJEN HARTANAH BERDAFTAR

Kenapa dengan melantik Ejen Hartanah dapat mempercepatkan jualan rumah?

Ini kerana ejen hartanah mempunyai pelanggan sediaada, berpengalaman dan berpengetahuan dalam segala berkaitan jual beli rumah. Disamping itu juga, ejen hartanah mempunyai rangkaian pengiklanan dan rangkaian ejen hartanah yang luas yang dapat bekerjasama dalam memastikan rumah anda terjual dengan cepat.

Yang paling penting, kami adalah profesional yang berdaftar dan dipantau oleh Lembaga Penilai Pentaksir Ejen Hartanah dan Pengurus Harta. Sudah pasti kami akan memastikan urusan anda selesai sepenuhnya dan anda pasti menerima hasil jualan.

LEBIH BANYAK ARTIKEL...

Servis Ejen Hartanah

SERVIS EJEN HARTANAH

Sekiranya anda mencari dan merancang untuk menjual, menyewa & membeli hartanah, saya adalah Perunding Hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Hubungi saya untuk urusan konsultasi seterusnya.

Proses Beli Rumah Second

PROSES LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBELI RUMAH SECOND

Ada beberapa langkah yang perlu diberi perhatian sekiranya anda berhajat untuk membeli hartanah. 

pexels-photo-914931.jpeg

RAHSIA TOP EJEN

Rahsia top ejen akan dibongkar. Nantikan artikel seterusnya dari kami untuk mengetahui rahsia disebalik kejayaan seorang top ejen hartanah.

Ejen Hartanah Berdaftar
Ejen Hartanah Berdaftar
Ejen Hartanah Berdaftar
Ejen Hartanah Berdaftar

INGIN MELANTIK EJEN HARTANAH

Saya Hairil Wahiri, berpengalaman lebih 10 tahun, dan telah berjaya menjual hampir 700 unit hartanah seperti rumah kediaman, rumah kedai, pangsapuri, kondominium, semi-d, banglo, tanah stesyen minyak, tanah banglo lot, tanah pembangunan, tanah pertanian, tanah komersil, kilang, hotel dan resort dan lain-lain lagi.

Print